Energizing Soy Protein (ESP)

May 15, 2015

Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua =)

Bestnya Hari Jumaat. Rasa bertenaga dan terlebih ceria kalau nak dibandingkan dengan hari lain. Hihi. Make sure semua jangan tinggal Al-Kahfi ye.

Seperti tajuk di atas, saya rasa saya belum cerita lagi tentang istimewanya Energizing Soy protein.

Untuk pengetahuan semua, Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protein berasaskan kacang soya; Energizing Soy Protein (ESP) 



Keistimewaan ESP :-

1. ESP diiktiraf seluruh dunia

ESP diiktiraf seluruh dunia dengan kajian klinikal yang bagus dan memiliki kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan.

2. Kacang soyanya mengandungi Non-GMO (non-Genetically Modified Organism)

Kacang soya yang dihasilkan oleh Shaklee hanya mengandungi Non-GMO yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Setiap 1 tin ESP (850g) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

3. Mengandungi 9 asid amino

ESP Shaklee ini merupakan satu - satunya produk di dalam pasaran yang mana menjamin 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.

4. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur

Baik tua atau muda sangat - sangatlah disarankan untuk ambil. Kanak - kanak juga boleh ambil pada umur 1 tahun ke atas.

5. Kandungan Indeks Glisemik (GI) yang rendah 

ESP sangat sesuai pada mereka yang menghidap kencing manis kerana ESP mempunyai kandungan Indeks Glisemik yang rendah iaitu 39. 

Indeks Glisemik menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat dengan GI yang rendah boleh memecahkan gula dengan perlahan - lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan. 




Apa yang best lagi, ESP adalah rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.




Manfaat Utama ESP :-

@ Awet Muda - Asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan lain- lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.

@ Baik untuk Hormon - Kacang soya adalah satu - satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoprosis dan sakit jantung.

@ Baik untuk Prostat - Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.

@ Kulit Remaja - Meransang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.

@ Pembekal Tenaga - membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan

@ Membaiki Pigmentasi - Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.

@ Membaiki Memori - meningkatkan kulaiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan.

Kenapa Protein Penting?

Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan. Ia juga merupakan komponen utama kepada hormon manusia dan meransang fungsi psikologi. Oleh itu, setiap organ perlukan protein. Kekurangan protein menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalm badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon, dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa kepada kematian.


 Apa itu Asid Amino?

Protein terdiri daripada 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan jenis protein yang berbeza mengikut kepada keperluan protein dan enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia.

Terdapat asid amino yang dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia. Ini dikenali sebagai asid amino tak perlu. Manakala asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh manusia dan harus diperolehi dari sumber makanan dikenali sebagai asid amino perlu. Shaklee sediakan semua asid amino perlu tersebut.

Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri iaitu Identity Preserved Program (IPP). Ia memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik, daripada benik sehinggalah pengeluarannya.



Sekarang kan dah nak dekat Ramadhan kan, ESP ni sangat sesuai untuk yang nak berpuasa. Alhamdulillah memang kekal bertenaga. Boleh diminum dengan Mealshake ataupun Performance Drink. Letak kurma pun best. Nak tahu resepi ESP boleh rujuk kat sini ---> Resepi ESP Terlajak Sedap

Nak tahu kenapa saya ambil ESP setiap hari? Saya jawab disini --> 6 Sebab Saya Ambil ESP


You Might Also Like

0 comments

Flag Counter