Review: Klana Beach Resort, Port Dickson (KBRPD)

December 23, 2016

Assalamualaikum semua.


Rasa macam nak buat review la. Review tempat makan best, review tempat pelancongan dan lain - lain. Haaa banyak bende dalam kepala otak nak cerita. Tapi takpe. Saya cuba untuk share tempat yang saya pernah pergi ok?


Tempoh hari, saya ada arrange 1 Family Day dekat Port Dickson. Ni pun idea dari Pak Uda la selaku think tank family. Jadi, saya pun teruslah tempah pakej Family Day dekat Klana Beach Resort. Total family yang hadir 32 orang. Eh abaikan nama Puan tu. Diorang memang mendoakan untuk cepat kawen ni. Kih3





Walaupun Klana Beach Resort Port Dickson (KBRPD) ni hotel 3 bintang sahaja, tapi saya rasa berbeza. Tak macam hotel 3 bintang yang lain. Rasa macam nak bagi 5 bintang pun ada. Servis memang tip top la. Lagipun hotel ni patuh syariah tau (shariah compliance). Tak besar mana pun hotel ni. Ada 85 bilik je. Tak macam hotel lainlah milik cina punya yang banyak bilik tu. Ni hotel Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) yang dibina di atas tanah wakaf.

Kenapa saya cakap best?

1. Budaya beri salam & staf yang mesra


Saya suka budaya ni. Kita tak rasa awkward berada di tempat orang. Memang ramahlah. Penyambut tetamu bagi salam. Bell boy bagi salam. Receptionist bagi salam. Even housekeeper pun bagi salam tau. Staf dia memang mesra. Saya contact directly dengan bahagian Marketing. Selalunya dekat hotel lain, bila dah book, dapat bilik dah cukup. Tak perlu nak jumpa person incharge tu. Saya pujilah Encik Misraini tu memang datang jumpa saya, greet saya dan siap explain semua keadaan kat hotel tu.


suka tengok yang kat atas tu ada lampu - lampu kecik. macam lohong ape je..tapi cantik


2. Zon tutup aurat


Memang ada papan tanda kat situ bagitahu ini kawasan menutup aurat. Pakaian macam mana yang boleh pakai. Staf semua pakai tutup aurat. Pelanggan yang duduk dekat hotel pun pakai tutup aurat. Best tu. Dalam pool pun tutup aurat. 

3. Makanan halal dan bersih


Disebabkan saya ambil pakej Family Day, so kitorang makan untuk breakfast, lunch dan dinner. Makanan dia memang confirm halal sebab diorang punya staf semua muslim dan dipantau oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Memang bersih dan sedap. Nak makan pun tak ragu - ragu. 








4. Bilik yang selesa


Bilik tidur memang selesa. Kitorang duduk yang twin single bed tu. So, 1 bilik tu dapat duduk 2 orang. Kitorang dapat 13 biliklah. Selesa sangat. Ada pengering rambut, towel, sabun, TV, peti ais mini, hanger, sejadah, Al-Quran, kiblat, peti besi, cerek air, gelas, nescafe, air mineral dan lain - lain.

ni bilik kitorang. takleh nak tunjuk sebab banyak sangat barang penganjur. hahaha
gambar ihsan dari web hotel


channel korang boleh pilih nak menonton. korea takde eh



Kalau dapat yang seaview tu memang best. Mengadap laut pergh pergh..yang ni dapat 2 bilik seaview dekat tingkat 1



 5. Swimming pool berasingan mengikut jantina

Pool dia ni memang best. Walaupun takdelah besar mana. Kecik je. Tapi asing tau. Ada tebing penghadang lagi antara pool wanita dan lelaki. Kanak - kanak pun ada pool sebelah pool wanita. Mandi memang tak ingat dunialah. Muka burn tak payah cakap. Hahahaha.


6. Perkhidmatan tuala untuk mandi pool

Yang ni best. Tak payah nak fikir usung tuala dari bilik. Lagipun tuala yang diorang sedia kat bilik tu memang tak boleh bawa keluar dari bilik. Dia ada 1 kiosk depan pool tu untuk minta tuala. Tuala belang - belang tulah. Janji tunjuk kad untuk towel je kat kiosk tu. Kad towel tu uolls akan dapat masa check in skali dengan kunci bilik tulah. 1 bilik dapat 2 kad towel. Dah habis guna towel untuk persalinan, pulangkanlah balik kat kiosk yang sama sebelum nak masuk bilik.

7. Wifi dan parking percuma

Wifi memang free dan laju. Masa check in tu nanti diorangkan bagi kunci bilik tu, Kat situ ada arahan untuk dapatkan wifi. Follow je arahan tu. Sign up dulu tau. Sebelum tidur siap qada' cerita 7 hari mencintaimu lagi. Kih3. Pasal parking pun banyak sangat parking. Selalunya parking dia akan cukuplah. Takdelah tengok overload kereta ke apa. Tak perlu risau sebab ada guard.

8. Ada Balai Cerap

Yang ni pun best. Walaupun saya tak sempat merasa sebab kene handle family meeting, saya dah arahkan dah ahli keluarga yang tak terlibat dengan meeting tu, pergilah melihat kekuasaan Allah S.W.T dekat Balai Cerap. So belanjalah sikit gambar yang sempat dirakam oleh sepupu saya.







9. Pasang nasyid dan ayat Al-Quran

Rasa tenang je nak masuk hotel. Time nak dekat azan tu, dengarlah diorang pasang ayat Al-Quran. Masa lain diorang pasang nasyid je. Memang shariah compliance la.

So far, semua bende best. Recommended!

Laut cantik depan tu je. Nak rehatkan minda bolehlah ke sini =)

Meh nak belanja sikit gambar Family Day kitorang.




family dinner + celebrate disemberian

explorace time


ambil gambar kenang - kenangan tau. jangan lupa


You Might Also Like

0 comments

Flag Counter